Thursday, February 5

Siapa kata JAWI Melayu punya?

Teori Tonggang-Langgang Jawi Melayu
Para pembaca budiman sekalian, gambarajah berikut memaparkan serba sedikit teori yang diguna pakai oleh sejarawan tempatan mengenai asal usul bahasa Melayu dan huruf Jawi. Akibat kecelaruan sejarah, idea yang sama disogok serta dilanggan oleh sekalian umat manusia yang berstatus rakyat Malaysia sehinggalah ke hari ini - penulis juga tidak terkecuali kerana berasal dari satu sistem persekolahan yang sama.

Untuk mendapatkan kepastian, para pembaca boleh melayari wikipedia mengenai asal usul huruf Jawi. Lenggok penceritaanya pasti berasaskan teori seperti dalam gambarajah dibawah.

Gambarajah 1 - Sejarah Pertumbohan Bahasa Kebangsaan Kita

Carta ini dibikin dalam lingkungan tahun 1963. Yang mana pada waktu berdegar-degar para pejuang bahasa kebangsaan bangkit menegakkan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan pengantar disekolah-sekolah. Ini berikutan daripada proses pembentukkan sebuah negara baru yang bernama Malaysia. Pada tahun-tahun yang sama kecamuk politik kebangsaan semakin hangat.

Masing-masing ingin menjadi juara mempertahankan identiti totok kaum mereka sendiri. Penghujungnya meletus peristiwa berdarah 13 Mei 1969 - memuntahkan lahar, mengalirkan nanah busuk dari isi perut puak yang bercakaran. Yang Cina berkurang ajar, yang Melayu pantang di cabar, yang Kaling atas pagar...yang TAR menegak layar.

Penulis sendiri pernah menemubual seorang 'champion' 13 Mei wilayah selatan tanahair. Keberaniannya 'memenggal' kalau menurut cerita bukanlah satu mainan bagi orang yang lemah palalutut. Namun soalan penulis memang tidak dapat dijawab dengan tepat. Sememangnya ini pergaduhan kaum, bukan dituntut dalam Islam.
Tiada harus Islam membunuh sebab membunuh kafir, tiada harus merdeheka dibunuh sebab abdi, tiada harus dibunuh bapa sebab membunuh anaknya.. (UUK Ms 85)
Bahasa Jiwa Bangsa?
Antara slogan yang lahir berikutan daripada peristiwa berdarah itu. Namun bahasa apa yang menjadi jiwa kepada apa? Hampir tiga puluh tahun slogan itu menghiasi dinding batu DBP namun makin celaru. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Masalah kaum tetap tidak selesai.

Penulis tidak akan membuang masa menganalisis perihal kejadian yang terjadi akibat penipuan sejarah, boleh mendatangkan darah tinggi dengan tidak semena-mena.

Namun begitu kita tidak boleh menyalahkan pejuang-pejuang bangsa pada zaman itu seratus peratus. Mereka juga seperti kita, termakan dek kata-kata manis yang membangkitkan semangat kebangsaan caca-marba. Memperjuangkan Melayu atau Malaysia. Bagi kaum yang dilabel pendatang mereka tentunya memilih untuk menjadi bangsa Malaysia, bagi kaum tempatan tentunya Bangsa Melayu tiada pilihan.

Martabatkan Jawi?
Baiklah, apa yang cuba dihuraikan dibawah ini berkait rapat dengan seruan retorik kerajaan membuai dan melayan karenah pejuang-pejuang kebangsaan ciptaan mereka sendiri. Mari martabatkan Jawi, katanya.

Penulis amat terpanggil dengan slogan ini. Ya, kita sebagai orang Melayu mesti martabatkan tulisan kita sendiri. Tapi setakat mana? Apa yang cuba dimartabatkan? Apa relebannya huruf Jawi dalam dunia ICT hari ini? Bagaimana ingin memartabatkan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu tinggi mana martabat dan darjatntya suatu perkara itu?

Permata yang hilang
Apa itu takrif Jawi? Soalan yang amat payah sekali akan jawapannya. Ada yang kata berasal dari perkataan Jawa, ada yang kata lembu betina dan sebagainya. Puas dan bertahun sudah usaha dilakukan, namun hampa. Jawi masih tidak bermatabat di mata penulis. Sekian hari ia semakin hilang seri dan kekuatan. Usaha kerajaan itu hanya gula-gula untuk mendiamkan budak pejuang bahasa...

Akhirnya, dengan kehendak Allah S.W.T, telah dipertemukan penulis dengan seorang hamba Allah. Soalan pertama yang penulis ajukan adalah apa itu maksud Jawi. Dengan perkenan dan keizinannya, penulis hari ini ingin berkongsi maklumat tersebut dengan para pembaca budiman, yang tentunya ingin sekali memartabatkan kembali Jawi dipersada tanahair tercinta. Diharap permata yang hilang akhirnya berkilauan kembali menampakkan sinarnya.

Tiada guna menyimpannya kerana sudah menjadi tanggungjawab dan kewajipan bagi penulis pula untuk berkongsi dengan sa-udara sa-ugama yang mengunjungi blog ini. Bak kata pepatah orang Jawi lama-lama, alang-alang berminyak biar licin, alang-alang mandi biar basah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan, alang-alang menggenggam bara biar jadi arang, alang-alang bukan kepalang bukan calang Syed Alang, Panglima Bukit Gantang.

Takrifan Jawi
Untuk mendapatkan tafsiran yang jelas mengenai hal ini, penulis telah membuat beberapa rujukan daripada yang mahir dalam berbahasa Siam. Diantaranya adalah TNL Kassim dan En Salmi Baharom, kedua-duanya dari waris Mahawangsa. Jadi penulis bersumberkan rujukan yang tepat pada ahlinya! Manakala fokusnya kali ini juga berkenaan peranan Empayar Islam Benua Siam Kedah dalam memartabatkan tulisan Jawi itu sendiri. Sumber teks utamanya tidak lain dan tidak bukan adalah manuskrip Undang-Undang Kedah, 2005.

Tujuannya untuk mendapatkan takrif alternatif bagi JAWI. Ini kerana takrifan JAWI yang ada pada hari ini tidak dapat membawa kita kemana-mana, malah tidak boleh hendak dipadankan dengan sejarah realiti umat Islam - tergantung. Lihat sahaja gambarajah 1.

Bagi yang mengikuti perkembangan, persoalan ini sebenarnya telah penulis bangkitkan dalam entri yang lepas Peranan keris di era Majapahit:

Jadi sila ikuti penerangan dibawah ini mengenai asal tulisan JAWI yang dikaitkan dengan Bangsa Melayu itu.


(jawapan dibawah ini adalah satu refleksi berdasarkan pemahaman untuk kegunaan penulis sendiri)


Jawi datang bersama Siam Islam?



Gambar 2 - Sejarah kedatangan Islam dan Salasilah Merong Mahawangsa


Sila ikuti penerangan dibawah ini dengan teliti:


Sebermula, Khalifah Uthman Affan R.A 23H membukukan Al Quran yang telah pun mula disusun pada awalnya di zaman Abu Bakar As-Sidiq R.A.


Saad Waqas R.A adalah antara sahabat yang didik oleh Rasullulah S.A.W sebagai diplomat dan seterusnya berkhidmat dibawah Khalifah Uthman Affan diamanahkan untuk membawa syiar Islam ke China - Seharusnya Al Quran sudah ada ditangan Saad pada ketika itu.


Tulisan Al Quran (Arab) inilah yand di gelar sebagai

JA - (Perubatan, pembaikan)

WI- (Tulisan)


Oleh itu menurut TNL Kassim, JAWI dalam bahasa Siam bermaksud 'tulisan bawak sebar kebaikan ataupun tulisan sebar dakwah Islamiah'.


Maka sesuailah benar gelaran yang diberikan itu kerana huruf Jawi memainkan peranan utama dalam siri penyebaran Islam oleh Raja Siam Merong Mahawangsa dirantau nusantara atau dengan lain kata, penyebaran Islam di wilayah Selatan Benua Chey-Na. Asal bermula dari Gunung Jurai tempat Wali Mustapa anak keturunan Nabi Noh A.S bersemayam sebelum banjir besar melanda dunia.


Penulis beranggapan, walaupun Saad Waqas R.A berupaya menyebarkan Islam terus ke tanah Semenanjung Malaka atau Pulau Sumatera atau Jawa, tapi sebagai menghormati tuan punya wilayah maka beliau berjumpa terus penghulunya di Xinjiang yang juga berasal dari Raja Iskandar Zulkarnain. Lagipun itu amanat Rasullullah S.A.W.


Walaupun begitu, ini tidak bermakna Islam belum wujud di tanah semenanjung sebelum kedatangan Merong Mahawangsa, mungkin sudah ada lebih awal (dizaman Maharaja Sai Tee Sung) tetapi secara 'officialnya' Merong Mahawangsa lah yang menyebarkannya secara menyeluruh ke wilayah nusantara.


Bahasa Siam juga masuk Jawi

Bahasa Siam pun asalnya dalam tulisan JAWI. Untuk mendapatkan kepastian sila lihat UUK ms 36 dimana terdapat beberapa patah perkataan Siam yang bertulisan Jawi. Begitu juga dengan kata-kata 'Raja Tui Yangkam Belat Yukbat!'


Lihat sahaja beberapa huruf yang tiada dalam bahasa Arab tetapi di Jawikan oleh Siam, contohnya Yangkam - hurug Ga dan Cau Phya Kersan - huruf Cha. (Boleh jadi dalam 'vault' Raja Thai kalau dibongkar pun terdapat banyak naskhah berbahasa Siam bertulisan JAWI!)


Oleh sebab itu gaya penulisan JAWI dalam UUK amat fasih sekali. Tidak menghairankan, kerana tulisan Arab ini sudah lama digunapakai oleh Raja Siam sejak dari 650M - 835M (220H UUK). Cuma UUK ditulis dalam bahasa Melayu untuk memudahkan kerja penyebaran dakwah Islamiah di rantau nusantara. (hal bahasa Melayu disebut pada ms 36).


Maksudnya sudah ada pakar bahasa yang menterjemahkan undang-undang syariat Islam yang asalnya mungkin dalam bahasa Arab ke bahasa Siam akhirnya ke bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Ini bukan calang-calang orang punya kerja, kerana melibatkan tatabahasa dan penggunaan ayat baku yang perlukan penelitian yang mendalam. Daya intelektual satu ketamadunan bangsa yang tinggi dapat dirasai di sini. Dan terbukti Jawi berupaya melakukan semua itu! Inilah kelebihan huruf-huruf Al-Quran.


Lagi pembuktian kelebihan huruf Jawi

Ia tidak sahaja menjadi tulisan rasmi pentadbiran dan undang-undang Empayar Islam Siam Kedah, malahan menjadi tulisan rasmi kepada kerajaan-kerajaan Islam yang lain seperti Monggol Khan, Ottoman, Mameluk, Parsi dan lain-lain lagi. Jawi dapat berasimilasi dengan bahasa tempatan dengan mudah, cuma mungkin lagi mudah jika kerajaan-kerajaan itu menggunakan bahasa Arab sebagai perantara. Manakala keaadannya dinusantara ini ada unik sedikit. Tetapi, walaupun Jawi dalam bahasa Melayu, ulama-ulama kita Siam-Patani-Banjar sebagai contoh memang hebat berbahasa Arab dan memang terkenal alim lagi mahsyor di Haramain dan Turki Ottoman.


Kedatangan Ingris

Kedatangan Inggeris membawa huruf Roman tidak langsung menghapuskan kepentingan tulisan dakwah ini dari jiwa umat Islam terutama dari rantau Nusantara khasnya.


Jawi terhapus akibat agen-agen yang ditinggalkan atau dinaikkan Ingris demi kepentingan politik mereka. Agenda mereka meresap dalam sistem pendidikan selepas merdeka! Kayu juga yang membelah kayu, ini kerana kedua-duanya kayu! Jika orang mungkin tidak dapat dibelahnya...


Oleh kerana kita semua telah menjadi kayu maka akibatnya Jawi semakin hilang peranan asalnya dalam konteks penyebaran dakwah Islamiah. Apabila terhapusnya Jawi maka secara tidak langsung hilanglah segala hikmah dan kebaikan, serta ilmu yang tersirat didalamnya tadi.


Dengan itu, terputuslah penyalinan ilmu dari kitab2 JAWI lama karangan ulama yang hebat-hebat zaman purbakala diganti kitab RUMI karangan ahli agama sebagai contoh: lulusan Great Britain. (kalau tidak silap, kitab-kitab lama ini banyak terdapat di Patani)


Penyudahnya nanti, jadilah gejala buta huruf Al Quran secara besar-besaran. Maka terbantutlah syiar Islam yang datang bersama tulisan JAWI yang telah ditinggalkan oleh Raja Siam Merong Mahawangsa sejak seribu tahun dahulu, titisan dari Saad abi Waqas R.A utusan Nabi Muhammad S.A.W .





gambarajah 3: Bahasa Siam bertulisan Jawi



Tanggungjawab kita umat Islam memartabatkan Jawi
Jawi itu adalah huruf Al-Quran. Sebagai umat Islam yang sempurna aqal fikiran maka sudah tentu tahu akan nilai darjat dan martabatnya setiap huruf Jawi tersebut. Sudah tentu penzahirannya dalam warkah dan tulisan dalam sebarang media atau surat khabar bukan sebagai bahan kencingan atau dihujungkan menjadi alat membungkus belacan.

Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memartabatkan kembali sejarah asal Jawi dan peranannya dalam dakwah Islamiah. Sejarah realiti umat Islam yang berasaskan Empayar Islam Benua Siam Kedah membuktikan peranan penting tulisan Jawi dalam bentuk asalnya. Semestinya ia bukan datang ke sini untuk memartabatkan bangsa yang sibuk digelar MELAYU! Oleh itu kita jangan jadi kayu...

Kesimpulannya, tidak kira Siam, Melayu, Jawa dan sebagainya, jika faham akan maksud sebenar Jawi itu, dan berusaha untuk memartabatkanya kembali maka sedarlah ia tidak secara langsung memartabatkan Al-Quran dan Sunnah Rasul. Pejuangan yang tidak sia-sia. Dan hakikat itulah yang cuba digelapkan dari sejarah fantasi. Cuma, adakah pihak yang beretorik politik selama ini sedar akan hakikat sebenar Jawi?

Akhirul kalam, kalau sungguh bagai di kata, bersama-samalah kita melupakan segala perbezaan yang ada. Memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada rakan taulan dan sahabat handai akan kebenaran sejarah realiti ini. Kembalikan kegemilangan huruf Jawi. Dari mana patut ia bermula? Seharusnya seawal peringkat sekolah. Itu tanda menjunjung syariat namanya.

Semoga mendapat manafaat.

Sekian.
Herman Abdullah
The Malay Press
Kuala Lumpur, Malaya.


---------------------------------------------
Nota Tambahan.

Bahasa Arab dan Bahasa Melayu telah saling melengkapi dalam menyampaikan syariat Islam ke seluruh nusantara. Buktinya Undang-undang Kedah 222 Hjirah yang dibikin pada zaman Sayyidina Ali Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir anakanda Merong Mahawangsa bersemayam dinegeri Aceh Darusalam. Jadi tidak perlu dipersoalkan lagi kedudukan bahasa Melayu dan Jawi yang tinggi martabatnya sejak zaman purbakala. Undang-undang syariat ini bersalin terus dari bahasa Arab-(Siam)-Melayu melalui tulisan Jawi. Takde kena mengena dengan sanskrit hindu ke buddha....

"Dan demikianlah Kami wahyukan Al Quran kepadamu dalam bahasa Arab , agar engkau memberi peringatan kepada penduduk ibukota (Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) di sekelilingnya serta memberi peringatan tentang Hari berkumpul (Qiamat) yang tidak diragukan adanya . Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka ". (Asy-Syura: 7)

-Bahawa bahasa yang tidak tercemar dengan makna dan faham yang terlepas dari konsep ketauhidan Allah dan membolehkan mesej asas Islam mengenai Ketuhanan disampaikan adalah punca kenapa Al Quran memileh bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Lantaran itu Bahasa Melayu yang telah sarat melalui proses Islamisasi adalah bahasa yang paling wajar dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara untuk menjayakan proses pembinaan tamadun islam dalam masyarakat Malaysia.

"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran berbahasa Arab , agar kamu mengerti" (Surah Yusuf:2)

"Dan demikian Kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab dan Kami telah menjelaskan berulang-ulang didalamnya sebahagian dari ancaman agar mereka bertaqwa atau agar (Al Quran) itu memberi pengajaran bagi mereka"(Surah Toha: 113)

"Dan sungguh te;lah Kami buatkan dalam Al Quran ini segala macam perumpamaan bagi manusia agar mereka dapat pengajaran, iaitu Al Quran dalam bahasa Arab, tiada ada kebengkokan (di dalamnya) agar mereka bertaqwa" (Surah Az Zumar :27- 28)

"(Al Quran ini) diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang , Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan bacaan dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui" (Surah Fussilat : 2-3)

"Demi kitab (Al quran) yang jelas . Kami jadikan Al Quran dalam bahasa arab agar kamu mengerti� (Surah Al Zukh�ruf :3) Semua ayat-ayat ini menjelaskan betapa bahasa ada kaitan dengan mesej risalah Islam yang disampaikan kepada manusia.

27 comments:

Salmi February 5, 2009 at 4:59 PM  

Tulisan Jawi hapus angkara Freemason juga nampaknya iaitu melalui menteri pelajaran seangkatan TAR yang juga pengerusi sebuah syarikat judi.

Hari ini tak ada lagi akhbar Utusan Melayu dan Utusan Zaman. Ada percubaan menghidupkan semula tapi saya tak nampak kesannya.

Orang-orang Islam yang tak mahir Quran pun makin ramailah sebab Quran tak boleh dibaca ikut tulisan rumi.

sinagasakti,  February 5, 2009 at 5:35 PM  

Salam TMP.

Tulisan Jawi nie dah jadik fobia untuk org yg dikatakan Bangsa Melayu nie. Takder kelas, bak kata P.Ramlee 'Low Class', tak standard.

Bila tulisan Jawi dah tak dihiraukan, maka kitab2 Jawi karangan Ulama2 Bani Jawi dulu yg mmg pegang ajaran Islam yg tulen iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah pon tak dihiraukan jadi senang ler puak2 yg berkenaan masuk jarum melalui karangan buku2 ulama acuan depa dlm tulisan rumi. Senang ler tersebarnya ajaran yg menyimpang dari ajaran Islam(kulit jer Islam dalam paham2 sendiri ler).

Wassalam.

sinagasakti,  February 5, 2009 at 8:35 PM  

Salam TMP.

Kitab2 Jawi tu mungkin dibawa balik ke tmpt depa. Depa kaji, kemudian depa gunakan kajian depa tu utk menjahanamkan Islam secara halus. Sbb nak jahanamkan secara kasar mmg payah.

Alhamdulillah kitab2 tu masih ada yg salinan asal, jadik boleh dibandingkan kot2 depa ada tukar kitab2 tu dgn isi pegangan depa, sbb dikatakan kitab2 Ibnu Arabi & Imam Nawawi pon ada yg cuba tukarkan isi2 kandungannya tak mustahil kitab2 nie pon depa boleh buat jugak.

Wassalam.

sinagasakti,  February 6, 2009 at 6:51 PM  

Salam TMP.

Kesimpulan, sapa2 yg 'claim' dia tu pemimpin Islam bangsa 'Melayu' mesti malah boleh dikatakan 'wajib' tau tulisan JAWI nie. Bukan takkan 'claim' tau tapi kena tunjuk dgn praktikal.

Kalau tak tau toksah lah nak rasa diri tu pemimpin Islam di nusantara nie & jgn jadik pemimpin Islam, buat malu jer.

Wassalam.

Salmi February 7, 2009 at 6:54 AM  

TMP,
Dalam dialek Melayu Kedah bersunat atau berkhatan itu juga disebut "masuk Jawi", memang benarlah untuk melayakkan diri masuk dalam dakwah Islamiah. Sebelum masuk Jawi, sembahyang kat masjid pun kat saf belakang jer.

Lagi satu di kalangan orang-orang Semenanjung (termasuk Patani) yang tinggal lama di Mekah, hendak balik
ke Malaya dikatakan hendak balik ke tanah Jawi.

T H E . M A L A Y . P R E S S February 7, 2009 at 6:58 AM  

Betul Nagasakti.

Saya sendiri berasa bahawa umat Islam lebih rugi jika meninggalkan Jawi lebih dari PPMSI yang hari ini menjadi satu polemik politik.

Sebenarnya, adalah lebih elok kalau puak-puak yang menjerit ingin menghapuskan PPSMI itu menjerit juga bagi mewajibkan subjek JAWI...lagi elok sebab win-win situation. Dunia akhirat dapat...

Mungkin depa puak2 ni pun sebenarnya memandang lekeh kat JAWI jugak...hipokrit seme tu!

T H E . M A L A Y . P R E S S February 7, 2009 at 7:50 AM  

Ada jugak puak-puak yang tak reti bahasa bawak anak2 yang belum masuk Jawi dalam saf depan...ni pun satu hal juga ni. Dah jadi trend ni, mujur ada satu surau kat Gombak tu tok Imam dia cengey sket...satu qoriah dah paham dah beza yang dah masuk Jawi dan yang belum..

Jadi kalau cukup syarat memang ada terasa perbezaan dia tu...

Ihya February 7, 2009 at 8:01 AM  

Salam TMP,

Begitu halnya tentang simuw al amir (SIAM) maka beri saya peluang untuk merungkai frasa JAWI ( jim -alif-wau-ya) di dalam bahasa arab serta mencari keserasian penggunaan ayat JAWI dan kependekkannya.

T H E . M A L A Y . P R E S S February 7, 2009 at 9:26 AM  

1. Kalau mengikut Syeikh Ahmad Fatani, pengaruh Jawi ini telah berkembang dari Nusantara-Sri Lanka sehingga ke Madacascar - membawa ke FORMOSA Taiwan...(A Famosa atau Formosa?)

2. Menurut Almarhum Syeikh Wan Mohd Shaghir pula ada beberapa tafsir mengenai Jawi, tapi yang ni akan saya tinggalkan buat Ihya yang lebih pakar dalam bahasa Arab...

3.Cuma ada satu perenggan yang saya amik dari karangan syeikh wan mohd shaghir yang bagi saya paling hampir dengan sejarah realiti Bani Jawi - berkait dengan Iskandar Zulkarnain dan Nabi Ibrahim A.S:

Katanya: "Sukar juga kita mencari sebab ASAL USUL dunia Melayu dinamakan Tanah Jawi oleh orang-orang Arab, terutamanya ORANG ARAB MEKAH"...

Siapa lagi orang Arab Mekah yang paling hampir dengan Raja Siam Sultan Muzaffar Syah 1 (Merong Mahawangsa) jikalau bukan permaisurinya sendiri.

ahazeman,  February 7, 2009 at 10:35 AM  

tak abis2 mengarut mempersiamkan segala. Jawi kenapa ditafsir ikut bahasa Tai?

Bahasa siam asli tidak sama dengan bahasa tai. orang Tai yang masuk Islam dipanggil sam sam. mereka inilah menjadi dominan dalam proses asimilasi atau percampuran antara keturunan UUK siam asal(islam) dan Tai Kadai yang masuk Islam. bahasa mereka dipanggil pak tai. atau dialek tai selatan.

Ambillah bahasa asal Arab yang mana dari mana tulisan ini berasal.. Jawi antara yang hampir ... datang atau golongan yang datang ... mungkin juga kerana bangsa yang berasal dari sini datang nak pakai tulisan arab tu... wa Allah hualam

T H E . M A L A Y . P R E S S February 7, 2009 at 8:52 PM  

Saudara Ahazeman.
Bab siam itu saya tidak mahu komen sebab saya bukan ahli dalam bahasa Siam.

Cuma soalan saya ungkapan 'Raja Tui Yangkam Belat Yukbat' tu bahasa Tai Kadai ke atau bahasa Siam asli?

yang keduanya:
tuan menyarankan supaya saya mengambil bahasa Arab, dan takrifan tuan mengenai Jawi dalam bahasa Arab pula membawa maksud datang atau golongan yang datang..(takrifan beginilah yang saya katakan tergantung).

kenapa tergantung? baiklah apa guna golongan penduduk yang telah sedia ada disini mengambil tulisan dari golongan yang datang tadi? Untuk apa dan kenapa?
Suka-suka aje ke? Kalau begitu memang benarlah peranan Jawi dikalangan orang Melayu ni amat rendah sekali martabatnya...

Karl,  February 7, 2009 at 10:01 PM  

Kudos for this article Herman!

Aku pernah sekali sembang dengan mamat Singapore tapi duduk kat belakang rumah mak aku di Desa Ria, OKR. Bila aku kata JAWI penting dia gelakkan; dan betulkan: kalau you kata Arab penting l sokong tapi Jawi ni tak payah nak sentimental la.

Aku pun bagitau kat dia la: Kalau JAWI dimatikan oleh Inggeris ramai Melayu akan marah tapi bila dibuat oleh Khir Johari, sensitiviti Melayu kurang sikit. Sampai lah sekarang ni bila Melayu tak reti Jawi. Puncanya bila lidah dibelokkan dengan transliterasi roman yang tak sama dengan huruf Jawi, yang mana istilah melayu hilang jatidiri kerana ketakmampuan rumi mengungkapkan MAKHRAJ huruf seperti mana sepatutnya e.g kita sebuat kamis [khamis]; naskah (naskhah); gaib (ghaib); kurafat (khurafat]; kalam (qalam), hadis (hadith); sabit (thabit) dan lain-lain.

Lihatlah English aku bagitau, mereka try sebut bahasa dipinjam dari French sebagaimana orang French/latin sebut (tak payah tulislah banyak sangat e.g bona fide) kita tak. Bayangkan jika kita sepertimana bangsa lain guna tulisan JAWI (yang saya percaya punyai unsur Parsi dengan pertambahan huruf CHA, NGA, GA, PA, NYA itu).

'Terima kasih' kepada anak bangsa yang menjarakkan kita dengan lisan al-Quran. Tapi jika kita perhatikan, member-member bahasa Melayu dari Utaraa (termasuk kelantan) bila sebut nama orang masih gunakan lafaz Jawi: Qodir; Qosim; Ghoni(di =sebur macam R dalam French); Khairul bukan kairul [kai tu ayam :)] etc.

Lihatlah bahasa utama Muslim di iran, Melayu, Urdu, Turki, Maldive Thana, dan beberapa bahasa di Afrika mempunyai tulisan berasal dari Arab sehingga permodenan mematikannya.

Gagahkan Jawi, lidah anak kita reti sebut bahasa Quran dengan lebih baik.


PS: Masa di UM aku pernah ajaq kawan aku Cina yang amik Dentistry tulisan Jawi, selama seminggu terus boleh tulis. Terkejut beruk aku (tulisan Jawi bukanlah payah maksudnya jika kena cara ajaqnya).

karl

Karl,  February 7, 2009 at 10:08 PM  

Tai Kadai/Kra-Dai tu bahasa Thai yang jadi bahasa rasmi sekarang. Bahasa Siam Southern Thai or Dambro (Thai: ภาษาไทยใต้, IPA: pʰaːsaː tʰajɗaj; Thai: ภาษาตามโปร, IPA: pʰaːsaː ɗaːmbro) is a Tai language spoken in the 14 changwat of Southern Thailand as well as by small communities in the northernmost Malaysian states. It is spoken by roughly five million people, and as a second language by the 1.5 million speakers of Pattani Malay and other ethnic groups such as the local Thai Chinese communities, Negritos, and other tribal groups. Most speakers are also fluent or understand the standard Thai language.

SAM SAM tu istilah ciptaan TAR kami orang Siam tak pernah pun guna istilah tu dan bapa saya tak suka langsung istilah tersebut.

Walaupun bahasa Tai Siam Kedah Muslim berbeza dengan Thai Kadai tapi jika belajaq betul2 tak payah sangat sebab struktur asas bahasa adalah hampir sama melainkan cara sebutan yang ada variasi.

Contohnya kampung saya memanggil kerabu JAM, Thai Kadai YAM. TOM YAM sayur/salad rebus.

TAR tu memang Thai ori sebelah mak dia. Cuma apa yang saya pelik, kami memanggil bahasa kami bahasa Tai (bukan bahasa Siam). Salmi explain sikit.

Aku tak expert bahasa ni, sebab kecik2 kat Selangor.

Anonymous,  February 8, 2009 at 12:03 AM  

ahazeman- tak abis2 mengarut mempersiamkan segala.

O selama hari ini sejarah kita memperhindu budhakan segala hak datok nenek kita tak ape pulak? Yang ni sanggup pulak kau pertahankan?

Aku rasa baik kau baca habis atau buat homework dulu sebelum memberi komen. Kalau tidak perkara Siam dan Thai ini akan berpusing kembali ke square one. Membuang masa.

tenkiu.

Salmi February 8, 2009 at 12:23 AM  

Pasal nama bahasa ini aku pun kurang pasti macam mana boleh timbul sleng Thai pulak, sepatutnya sleng Kheq (sleng=cakap).

Memang ditakdirkan bahasa Thai dan Siam Kheq ni banyak perkataan sama atau hampir sama mungkin sebab dulu pun dari area dekat-dekat. Thai daripada area Tibet/Bhutan dan dekat dengan Yunnan tu. Dengan bahasa Hokkien pun banyak yang sama.Ada satu perkataan Sam (tiga) turut diguna oleh Korea dengan makna sama.

Perkataan Kadai dalam Thai kalau dalam Siam ni ada perkataan kedai bermaksud selalu atau biasa.

Berbalik kepada perkataan Jawi, ada satu lagi terminologi "Jawi Peranakan" untuk orang asing yang masuk Islam melalui kahwin campur, biasanya India banyak diberi label ni.

Perkataan Jawa kalau ikut Siam bermakna lebih kurang "dikatakan baik/penambah baik" sebab wa itu maknanya "kata" jadi sesuai dengan takrif "berbudi luhur".

Mohd Khairul Anwar February 8, 2009 at 2:43 AM  

Ahazeman tak sedaq kot yang orang dah jumpa masjid di Lembah Bo Jang? Dia pandang orang cakap Siam ni sebelah mata tak tau sejarah bangsa Siam.

kalau tak TAR punya atuk tak buat tipu sejarah fantasi memperlekehkan Siam-MELAYU la.

Kalau Melayu-Siam koman buat apa sang penjajah nak putarbelit sejarah bagi nampak kita ni bodoh, lemah tak reti nak buat jarum etc?

ahazeman,  February 8, 2009 at 8:47 AM  

tahniah malay press sebab nampaknya bersifat lebih terbuka dan membenarkan ulasan negatif. semoga ianya sihat dan bawa kebaikan.
dan seterusnya menjadikan proses nak memahami ilmu atau apa yg dibaca di blog saudara menjadi lebih menarik.

T H E . M A L A Y . P R E S S February 8, 2009 at 9:44 PM  

Negatif ada had...bergantung niat.
Harapannya satu sahaja semoga sejarah realiti kembali menyinarkan semula jiwa2 mendung bani jawi dinusantara.sama samalah kita mencari persamaan ...

zahrin February 8, 2009 at 10:05 PM  

Bagus, satu pendedahan yang menarik,

tu sebab kenapa aku suka sgt dengan blog TMP dan SNK..

aku harap yang mana dok terjerit soal isu ketuanan melayu apa lagi..sebelum jerit tolong faham dulu sejarah orang Melayu..

tu ja..

anyway herman..pasal PPSMI tu jgnlah kita anggap tu perjuangan polemik politik..setiap orang ada perjuangan masing - masing..

tapi aku memang suka sgt dengan TMP n SNK..especially TMP..selalu bg fakta buat aku terkedu dengan penemuan baru..

-qulil haq walau kana murron-

p/s macam reti sgt bahasa SIAM hehe

Anonymous,  February 9, 2009 at 3:58 AM  

Salmi & rakan2 lain yang faham Siam:

hangpa tak mau ajaq anak hangpa bahasa Siam ka? Aku sekolahkan anak di sekolah cina pagi; petang sekolah agama tapi nak ajaq bahasa Siam tak buleh dah bapak pon dah tak pandai. Yang buleh ajaq tulisan Jawi. Kalau buat nota senang guna Jawi laju sikit- cuma payah bila nak baca balik tulisan tu.

BTW, kudos again Herman.

karl

T H E . M A L A Y . P R E S S February 10, 2009 at 7:37 AM  

zahrin.
Apa pendirian dan alasan tentang PPSMI?

Karl.
Jawi ni kena ada kesedaran dan penggunaan yang berterusan baru boleh. Macam aku dulu sama la, tadika sekolah cina-mandarin, masuk sekolah kebangsaan, ada la subjek Jawi seme pakat belajar, tapi tiada penekanan oleh guru dan tidak diambil berat oleh pelajar -subjek picisan- subjek ni subjek gelak-gelak je zaman tu, join member estate aku pakat bajar Tamil (bab maki hamun paling senang nak ingat), lepas tu ada rezeki masuk sekolah Arab dah terkial...tapi dah terpaksa kena buleh jugakla, kalau tidak tertinggal..pastu bajar omputih...pastu bajar german sekejap...pastu bila x pakai dia pakat lupa keseme..

Hari ini yang aku rasa rugi sangat bila mengenang orang Melayu ialah bila masuk bab Jawi tadi tu...membawak ke akhirat tu sebenarnya.

Pengalaman aku disekolah jumpa anak-anak orang Islam tidak reti mengucap paling menyentap jiwa...

ahazeman,  March 9, 2009 at 9:50 AM  

Allah jadikan kita pelbagai bangsa supaya kita saling kenal mengenal (li taaruf). Namun begitu yang paling mulia antara kita ialah yang paling Taqwa. bukan keturunan Nai Luang, bukan kerabat(kera hebat).. menjadi bangsa apa jua adalah anugerah Allah (Ata Ka Allah) maka pergunakan/carilah segala anugerah Allah itu untuk kebaikan Akhirat... walau tidak lupa bahagian di dunia.

Maka diperingatkan setiap dari kamu adalah pemimpin dan kelak akan dipertanggungjawabkan. oleh itu pimpinlah diri menikmati semua anugerah Allah menuju jalan Taqwa. Janganlah menyalahkan pemimpin Uli Amri atas segala kesesatan yang kamu pilih dan taati.

Benarlah kata kata Saiyidina Ali r.a yang terkenal secara lisan apabila ditanya

"Kenapa beliau yang dikenali sebagai gerbang ilmu. KaramaAllah Hi wajha. gagal menyatukan ummat berbanding para Khalifah yang bukan bani hashim, yang mulia sebelumnya...

Maka jawab Saidina Ali kerana pengikut aku seperti kamu, pengikut mereka seperti aku.

Kesimpulannya... pemimpin yg bodoh lahir dari pengikut yang bangang jua.

Begitu juga pemimpin yang rasuah tentulah lahir dari pengikut yang rasuah jua.

Maka pemimpin yang baik tentulah lahir dari pengikut yang boleh memimpin diri mereka dengan baik.



Have a nice Die...

T H E . M A L A Y . P R E S S March 9, 2009 at 7:40 PM  

Aku dah release komen membina ko ni. harap ko puas hatilah. dah lepas ni jangan marah2 lagi.

ahlil politik harap ambil perhatian terhadap komen ahazeman ni. sian dia ni.

NIZAM November 30, 2009 at 4:43 AM  

satu soalan yang sampai sekarang saya masih x faham.

kenapa UUK tidak ditulis menggunakan bahasa siam. UUK ditulis oleh siapa?

bahasa apakah yang dituturkan oleh masayarakat ketika penulisan berlaku. bahasa siam atau bahasa melayu?

UUK ditulis sebelum tentera tai serang negara kedah pasai ma bukan. sgt jauh sebelum itu bukan? jadi bahasa siam x pupus mcm sekrg la kan? jadi kenapa UUK dalam bahasa melayu.

T H E . M A L A Y . P R E S S November 30, 2009 at 7:37 AM  

saudara nizam, ada dimasukkan bahasa siam bertulisan jawi dalam UUK tu.

untuk pengetahuan sdr Nizam, bahasa melayu adalah bahasa yang sangat fleksibel dan amat mudah dikuasai. cuba lihat sekitar kita hari ini, berapa ramai pendatang asing yang boleh menguasai bahasa melayu dalam masa sebulan sahaja.

bahasa siam serupa macam bahasa jawa yang bagi saya susah untuk digunakan dalam pertuturan harian dan sebagai lingua franca.

NIZAM November 30, 2009 at 9:50 PM  

saya bertanye waktu dahulu.. dikatakan UUK ditulis pada zaman kegemilangan empayar. Pada zamannye, seharusnye bangsa waktu itu adalah siam bukan.masih byk, bukan mcm sekarng. bahasanya siam juga bukan? jadi kenapa hampir keseluruhan UUK dlm bahasa melayu.


boleh tau sape penulis UUK?

boleh saudara jelaskan?

Don loco December 6, 2017 at 3:57 PM  

Macam2 hal..janji awek aku orang siam

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP